Tuesday 15 September 2015

Pengenalan 


               Usaha untuk mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. Penekanan kepada perpaduan dalam kepelbagaian dan keterangkuman (inklusif). Pastikan kesaksamaan untuk semua,khususnya dalam bidang pendidikan. Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. Memerlukan tindakan secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara. Pendidikan adalah bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh saingan.

                Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013- 2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012. 

Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025. 
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Topik - topik akan dibincang:


  • Integrasi Nasional 
  • Pendemokrasian pendidikan
  • Tonggak pendidikan UNESCO
  • Globalisasi dalam pendidikan
  • Kepelbagaian budaya
  • Pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Gejala sosial